Wednesday, 7 May 2014

Diari Ku Bukan Diari Ku

Maaf sedikit sibuk menuruskan hal keluarga.. Padahal tak tahu nak tulis apa,haha
Blog ni sebenarnya ditujukan khas untuk diri aku, macam diari la konon-kononnya..
Tapi korang boleh baca..sebab tu tajuk entry dia "Diari Ku Bukan Diari Ku"
Ada ala-ala trend tajuk drama Melayu sekarang..kan?? kan?? kan?? Hehe
Aku nak catatkan segala apa yang aku buat bermula dengan A sampai Z..
Semoga aku berjaya la capai matlamat aku ni..

Kisah aku bermula pada ketika....cewahh, hehe

Aku sedang membelek2 buku kat MPH, aku ni bukan budak yang suka baca buku. Tapi, masa tu aku bosan, kalau ada buku nak baca2 best juga. So, sedang aku membelek2, aku ternampak lah buku ni "WTF"

Apekejah la pula,tajuk buku WTF ni..aku pun ambil, then belek punya belek..macam berminat je,hehe..Aku pun beli.. Balik2 je rumah, aku terus baca.. PERGHHH!! mantap BEB.. tak pernah aku tahu, kita boleh buat duit dengan main jual beli rumah..haha

Maka, kat sini lah bermulanya kisah hidup aku. Aku jadi pengkaji hartanah lebih kurang 3-4 bulan.. banyak gila ilmu nak kena belajar.. dalam masa aku belajar tu, baru 1% je aku tahu teknik pelaburan hartanah ni..

Maka aku beli lagi buku2 yang seterusnya.. Aku ikut forum2 kat internet.. Like page2 berkaitan hartanah, Join group hartanah kat facebook dan juga aku Follow otai2 kat facebook..

Dan akhirnya, aku terjumpa seorang MASTERR yang awesome gila.. aku pun dok follow dia kat facebook.. Sekali je, Jeng..Jeng..Jeng.. Pelaburan Hartanah ni impossible untuk aku join sekarang ni sebab.. How come a Bank will approve my loan if i dont have any payslip to show them..huhu

Maka, aku nekad nak kerja Oil and Gas, biar gaji aku nanti dalam RM 3k mcam tu..So, aku target kerja 6 bulan terus apply loan buat rumah..lantak pi sama kawan2 aku yang beli kereta dulu..aku tak nak senang sekarang, aku nak senang masa aku dah tua nanti,hehe..

Tapi dalam pada masa yang sama, payah pula nak cari kerja sekarag ni kan..Jadilah aku pekebun anggur..tapi tak juga berbuah2 pokoknya.. Nak kata aku memilih??memang taklah, sebab aku memang nak sangat kerja sebab nak dapatkan payslip tu.. Nak kata aku minta jawatan tinggi2?? aku minta jadi Pelukis Pelan je kot guna degree aku.. Hampeh, adalah dua company yang pandang.. tapiii, pandang sampai interview jela..huhu

So, apa tindakan aku??Takkan aku nak duduk diam je kan.. Masa itu emas BEB.. Nak tahu apa yang aku buat?? Next Post la aku taip ea..letih dowh,da la aku tak reti sangat nak ce ctier ce citer ni..hehe

Kali ni lari entry sikit..sebab kalau aku cerita style lama, aku jadi janggal.. macam skema sangat.. This way is Better kot..hehe.. So, kali ni korg tak perlu kira berapa banyak perkataan berulang macam post2 yang lepas..HEHE

Semoga jumpe lagi..
*Ini DIARI aku.. sape tak malu, silakan baca.. ^_^

Sunday, 4 May 2014

Apa itu Affiliate??


Assalamualaikum orang yang beramal soleh.
Alhamdulillah, kita berjumpa kembali pada kali ini.

Seperti yang saya janjikan (saya ada janji ke??hehe)
Post kali ni saya nak kongsi sikit tentang apa itu affiliate..



Kalau tengok gambar kat atas ni, apa yang anda faham??
Affiliate ni umpama kita tolong jualkan barang orang lain, dan kita diberi komisyen atas setiap hasil jualan. 


Macam Rasulullah juga, baginda berniaga barangan Saidatina Khadijah, dan diberi upah atas perniagaan yang baginda lakukan. Cuma yang berbezanya cuma, kita hanya juru-iklan bagi produk mereka. Segala urusan jual beli, semua diuruskan oleh penjual.

Baiklah, affiliate ni Malaysia ni ada dua jenis yang popular dan mudah untuk disertai. Malah ada antara affiliate ini tidak memerlukan modal satu sen pun untuk kita sertai mereka.

Jenis affiliate yang popular :-
  • Affiliate Digital
    • Contoh produk : ebook, audio, video, gambar, software dan macam-macam lagi
  • Affiliate Fizikal
    • Contoh produk : kamera, beg, makanan, barang kecantikan dan macam-macam lagi
Mula-mula kita perlu pilih niche/cabang perniagaan yang kita ada atau yang kita minat. Contohnya, anda ialah seorang peminat kasut. Maka anda boleh mendaftar pada mana-mana website yang perlukan khidmat anda untuk promosikan produk mereka. Setelah mendaftar, anda akan diberikan satu link khas (link ini berbeza dengan ahli affiliate yang lain). Dengan link ini, anda boleh mempromosikan produk tersebut tanpa perlu tahu detail tentang produk (kalau anda tahu detail,ia adalah satu kelebihan bagi anda). Anda boleh promosikan di blog, facebook, twitter dan media sosial yang lain. Apabila seorang pembeli klik pada link anda dan membeli produk tersebut, maka sejumlah komisyen dari penjual tersebut akan diberikan kepada anda (mengikut perjanjian yang dipersetujui).

Ha...ini la namanya affiliate. Dan ia bukan MLM atau Skim Cepatkaya.. Macam mana nak cepat kaya kalau upah diberikan tidak menjadikan anda kaya pun. Cuma berbaloi je, yelah.. Anda tak buat apa-apa pun, cuma bentangkan iklan je.. Kalau ada yang beli, anda dapat upah. MLM pula kita kena mendaftar bukan main mahal lagi, lepastu kena cari pairing la, kena tahu pasal produk la, kena pandai goreng lagi.. itulah, inilah..macam-macam la..Fuuhh! Susah!! Tak macam affiliate, senang giler.. Hehe

Ini lah dia affiliate.. Tapi bagaimana nak buat full-time affiliate ni?? Apa caranya?? Senang ke??
Maaf, saya pun baru je bermula. Jika ada yang salah mohon dimaafkan. Pada yang belum bermula, jom bermula bersama2 saya.. Pada ketika blog ini ditulis, saya belum join mana2 affiliate lagi, dan ini adalah langkah saya yang pertama.. Bina Blog saya sendiri!! Hehe..

Oklah.. saya nak menambah bacaan lagi, untuk post yang akan datang (maklumlah saya bukan tahu apa2 pun tentang affiliate ni, cuma suka berkongsi sesuatu yang saya rasa boleh membantu orang lain). Nantikan post saya yang seterusnya ye.. Assalamuaalikum ^_^

*Macam biasa,ada 10 perkataan affiliate dalam post kali ni. so,saya dah promosikan 10 affiliate saya, hehe *

Saturday, 3 May 2014

Besarnya Nilai RM 1.. Boleh Percaya Ke??


Assalamualaikum wahai orang yang beriman..
Saya nak tanya satu soalan ni..

RM 1.. Besar ke nilainya?? 
Boleh jadi terlalu kecil dan boleh jadi terlalu besar nilai duit RM 1 ni..
Nilai RM 1 kecil bagi orang yang bergelar jutawan..
Tapi amat besar bagi si pengemis jalanan..
Betul tak?

Kenapa ada perbezaan nilai? Sedangkan ia adalah RM 1 yang sama..
Sebab.. Kita tak bersyukur dengan pemberian Allah..
Itulah pentingnya erti bersyukur, baru kita akan rasa segala yang kita dapat, 
rezeki yang kita terima amat besar nilainya.. Walaupun hanya RM 1..

Sebenarnya bukan duit RM 1 yang saya nak ceritakan..
Tapi tentang rasa syukur kita, barulah rezeki bertambah dan berkat..

Macam mana rezeki boleh bertambah hanya kerana RM 1??
Cuba kita bayangkan, dalam masa 15 minit, kita diberi RM 1 percuma..
Kalau satu jam dah RM 4.. Sehari kita dah dapat RM 96..
Ha?? Besar tak nilai RM 1 tu? ^_^

Tapi, logik ke kita boleh dapat RM 1 percuma dalam masa 15 minit..
Siapa yang nak bagi duit free sekarang ni kan??

Siapa kata takde.. Cuma kita je yang tak tahu..
Saya bagi klu.. Klu nya ialah AFFILIATE..

Insya-Allah, jika ada kelapangan, saya akan ceritakan pula tentang affiliate ini..
Nantikan post terbaru saya nanti ye..
Jumpa lagi.. Assalamualaikum =)

*Ada 10 kali saya tulis perkataan RM 1.. So saya dah dapat RM 10 dari anda, Hehe*